Friday 14 September 2012

Kenapa setengah orang buat ikut sistem yang sama dan jadi tapi setengah orang lain tidak?


Kunci pertama adalah Doa. Doa dari orang yang ikhlas Insya-Allah pasti tidak tertolak. DIA sahaja tahu keikhlasan seseorang. Dan memang kerjanya "menguji" hati manusia untuk melihat ketulusannya... Berapa lama? Terpulang kepada hati.... Dan of coz, berapa kuat pergantungan kita kepadaNya. Sebenarnya, most o
f the time, ramai orang hampir-hampir lari akidah mereka atau syirik kahfi, kenapa? Bila mereka rasa, mereka telah ada mentor, elmu, strategi/sistem, tindakan dan impian, tetapi mereka lupa bahawa, kita tidak ada daya upaya sebenarnya. Walau kita dah buat semua tu, tetapi hak memberi adalah hakNya. Adakah kita rasa kita yang "buat" atau Dia yang jadikan bila Dia kata jadi? Tetapi, Dia tetap beri Insya-Allah, bila kita buat dengan ikhlas.... Apa maksud ikhlas? Bila kita melakukan sesuatu LEBIH DARIPADA BIASA serta dengan konsisten, tanpa fikirkan result atau balasan sebagai priority kita dan ia entirely kerana kita nak perbaiki diri kita dan hubungan kita dengan Tuhan kita serta untuk melihat orang lain mendapat manfaat daripada kita. Bukan mudah apa yang diterangkan ni kerana ia adalah ilmu yang sukar untuk diajar melainkan merasa, salah satu cara mendidik jiwa adalah dengan berniaga..... Tetapi dengan M.E.S.T.I. Kenapa perlu Mentor? Ia adalah mengambil iktibar Nabi Allah Musa A.S dan Nabi Allah Khidir AS. Ok... Cukup setakat ni! Terpanjang laksssss.....-